Program bermula dengan hari perasmian oleh YB Adun Ajil,Dato Rosol Bin Wahid.Majlis juga dihadiri oleh Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Hulu Terengganu,En Norhisham bin Mohamed dan beberapa pegawai dari UMT,majlis berlangsung sederhana namun meriah.
Dalam program kali ini peserta mengikuti pelbagai aktiviti yang telah diatur oleh pihak persatuan belia dan cadangan dari UMT sendiri.Antara yang menjadi keutamaan adalah,program suai kenal,mengimarakkan masjid,gotong royong,malam kebudayaan,melawat industri kampung dan
banyak lagi program sampingan seperti sukaneka,sesi bersama pelajar UPSR,malam mesra bersama kepimpinan kampung,belia dan sebagainya.
Kami warga Felda Bukit Bading sememangnya mengharapkan banyak lagi IPT yang sudi hadir ke sini untuk menjayakan apa saja program terutam aprogram berunsur kemasyarakatan dan kebudayaan kerana kami ingin memberikan yang terbaik kepada semua,namun segala kekurangna adalah kelemahan adalah dari kami sendiri dan kekerapan program2 seperti ini diadakan mungkin sedikit sebanyak akan membatu kami membaiki prestasi dan mutu kerja kami sebagai tuan rumah.Semoga belia terus cekal dan terus menerus mengorak langkah cemerlang untuk kebaikan semua pihak.