RSS

RAMADHAN AL-MUBARAK

Tanggal 22 Ogos yang lalu semua umat Islam menyambut kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak.Sepanjang bulan ramadhan yang mulia ini ramai penduduk kampung mengambil kesempatan mencari pendapatan lebih seperti berniaga secara kecil-kecilan .Tidak ketinggalan penduduk di Felda Bukit Bading juga turut serta menjalankan perniagaan seperti ini antaranya adalah menjual ikan bakar,kuih-muih,lauk-pauk dan banyak lagi.Selain di Felda Bukit Bading terdapat juga bazar ramadhan yang terdekat antaranya di Kampung Pela dan Pekan Ajil.

Gempak Desa Astro......

Pada 23 mei yang lalu warga FELDA BUKIT BADING di gemparkan dengan kedatangan pihak ASTRO yang menganjurkan program bersama komuniti yang digelar Gempak Desa Astro.Antara aktiviti yang diadakan adalah sukaneka seperti pertandingan karoeke,demo masakan ,discovery channed dan lain-lain lagi.

KARNIVAL SUKAN FELDA BUKIT BADING

Pada hari jumaat 5 Jun 2009 karnival sukan telah diadakan di Felda Bukit Bading.Sukan ini telah dianjurkan dengan usahasama semua pihak termasuk kelab rakan muda,veteran-veteran sukan Felda Bukit Bading,JKKR dan semua warga bukit bading.Antara acara sukan yang diadakan adalah pertandingan bola sepak 7sebelah,bola jaring dan lain-lain lagi.Karnival sukan ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan oleh warga Felda Bukit Bading.

DIARI FELDA BUKIT BADING


Program bermula dengan hari perasmian oleh YB Adun Ajil,Dato Rosol Bin Wahid.Majlis juga dihadiri oleh Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Hulu Terengganu,En Norhisham bin Mohamed dan beberapa pegawai dari UMT,majlis berlangsung sederhana namun meriah.
Dalam program kali ini peserta mengikuti pelbagai aktiviti yang telah diatur oleh pihak persatuan belia dan cadangan dari UMT sendiri.Antara yang menjadi keutamaan adalah,program suai kenal,mengimarakkan masjid,gotong royong,malam kebudayaan,melawat industri kampung dan
banyak lagi program sampingan seperti sukaneka,sesi bersama pelajar UPSR,malam mesra bersama kepimpinan kampung,belia dan sebagainya.
Kami warga Felda Bukit Bading sememangnya mengharapkan banyak lagi IPT yang sudi hadir ke sini untuk menjayakan apa saja program terutam aprogram berunsur kemasyarakatan dan kebudayaan kerana kami ingin memberikan yang terbaik kepada semua,namun segala kekurangna adalah kelemahan adalah dari kami sendiri dan kekerapan program2 seperti ini diadakan mungkin sedikit sebanyak akan membatu kami membaiki prestasi dan mutu kerja kami sebagai tuan rumah.Semoga belia terus cekal dan terus menerus mengorak langkah cemerlang untuk kebaikan semua pihak.

KARNIVAL ICT



Pada 5-6 Disember yang lalu,Kementerian Tenaga,Air Dan Komunikasi ( KTAK) dengan kerjasama JKR,TM dan MAXIS telah menganjurkan satu Karnival Internet peringkat wilayah timur di Felda Bukit Bading yang mana lokasinya telah menjadi pilihan pihak penganjur berdasarkan kedudukan FELDA ini yang strategik di negeri Terengganu. Dengan kerjasama pihak pengurusan FELDA dan Majlis Belia FELDA Bukit Bading,program ini berjalan dengan lancar dan jayanya seperti yang telah dirancang.
Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendidikan asas internet kepada semua warga Felda Bukit Bading dan penduduk sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mendedahkan pengetahuan asas komputer kepada semua lapisan masyarakat sekitar tidak mengira peringkat usia secara percuma selama dua hari bermula pada hari Jumaat,5 Disember lalu.

PPIK FELDA BUKIT BADING



PPIK BUKIT BADING terletak bersebelahan dengan Perpustakaan Desa Felda Bukit Bading yang berlokasi didalam kawasan Masjid Felda Bukit Bading.Buat masa ini PPIK Felda Bukit Bading mempunyai 3 biji komputer dan 1 laktop dengan dilengkapi kemudahan INTERNET (streaymx).Peranan utama PPIK adalah mengadakan pembelajaran komputer secara percuma untuk penduduk kampung.

ALAMAT PPIK ....
Pusat Perkhidmatan & Ilmu Komuniti(PPIK)
Felda Bukit Bading.
(Perpustakaan Desa Felda Bukit Bading)
21810 Ajil Hulu Terengganu.
Terengganu Darul Iman...........

WAKTU BEROPERASI.............
Sabtu hingga Rabu
8.00pg - 5.00 ptg
Khamis dan Jumaat ( TUTUP)

Pengenalan


Selamat datang Ppik Felda Bukit Bading.Saya Zamzila merupakan penyelia baru ppik Felda Bukit Bading yang dilantik sejak September 2008.Ppik ini mermakna Pusat Perkhidmatan Ilmu & Komuniti ditubuhkan bertujuan memperkenalkan dunia IT kepada komuniti kampung terutamanya kepada warga emas untuk celik IT.