RAMADHAN AL-MUBARAK

Tanggal 22 Ogos yang lalu semua umat Islam menyambut kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak.Sepanjang bulan ramadhan yang mulia ini ramai penduduk kampung mengambil kesempatan mencari pendapatan lebih seperti berniaga secara kecil-kecilan .Tidak ketinggalan penduduk di Felda Bukit Bading juga turut serta menjalankan perniagaan seperti ini antaranya adalah menjual ikan bakar,kuih-muih,lauk-pauk dan banyak lagi.Selain di Felda Bukit Bading terdapat juga bazar ramadhan yang terdekat antaranya di Kampung Pela dan Pekan Ajil.

Gempak Desa Astro......

Pada 23 mei yang lalu warga FELDA BUKIT BADING di gemparkan dengan kedatangan pihak ASTRO yang menganjurkan program bersama komuniti yang digelar Gempak Desa Astro.Antara aktiviti yang diadakan adalah sukaneka seperti pertandingan karoeke,demo masakan ,discovery channed dan lain-lain lagi.